OUR STORY
Alor Setar Breakfast Station yang terletak di Batu 3, Jalan Langgar merupakan salah satu warung sarapan pagi yang terkenal di Alor Setar. Kami menyajikan pelbagai menu sarapan pagi termasuk satu menu yang SANGAT RARE dan menjadi yang PERTAMA DI MALAYSIA.
Menu OLETTO, 1st in Malaysia! Tekstur petty Omelette yang lembut. Kecur air liur dibuatnya pagi-pagi. Serius! kami guna cheese dari Australia dan dibalut roti jala yang rangup dan ianya dihidangkan bersama kuah kari daging. AMAZING! New experience untuk family anda. Especially untuk breakfast!
Selain Oletto, Big Breakfast juga antara yang “famous” di sini. Roti Teloq Goyang, Roti Teloq Meleleh, Breakfast Set, Roti Teloq Kapit, Roti Ghedik tidak kurang hebatnya. Terbaharu ialah KayaTop, pengalaman menikmati sarapan pagi dengan kerangupan roti yang dibakar manja ditambah masin manis lemak telur separuh masak amatlah menggamit selera.
Kami juga menyediakan Nasi Kak Emmables, nasi lemak ini sangat digemari peminat sambal versi pedas. Ianya bukan sebarangan pedas tetapi pedas yang membangkitkan selera di waktu pagi. Tak hairan jika nasi ini laku keras di waktu pagi.
Lokasi Alor Setar Breakfast Station hanya 500 meter dari Exit Toll Alor Setar (Utara) jadi sesiapa yang ingin ke Thailand atau ke Langkawi dijemput sarapan pagi dahulu di sini. Perut gembira hati riang baru ada “umphh” nak jalan-jalan!
Perniagaan kami 100% hakmilik bumiputera Melayu yang sedang berkembang dan cuba melebarkan sayap ke utara tanah air, komited dan berusaha memberi yang terbaik untuk pelanggan. In sha Allah.